Popular Posts

Wednesday, 29 June 2011

SEJARAH DAN WARISAN BANGSA TIDUNG

Sebelum menyentuh lebih lanjut mengenai warisan hak tanah adat bagi etnik Tidung / Tidong khusus dalam wilayah Tawau amnya di Negeri Sabah. Disini saya ingin menyentuh sedikit mengenai kajian fakta sejarah yang ditulis oleh Nik Anuar Nik Mahmud mengenai Isu Sempadan dan Kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi . 2003 sebagai garis panduan serta rujukan  untuk menentukan pengiktirafan dan perlindungan warisan dan hak ke atas tanah adat etnik Tidung selaras dengan  kehendak  perlembagaan, undang-undang, pentadbiran dan politik.

Petikan Ringkas Fakta Sejarah Etnik Tidung / Negeri Tidong di Pantai Timur Borneo Utara:-

Persidangan Suruhanjaya Bersama Sempada Pertama.

Mesyuarat pertama Suruhanjaya itu diadakan pada 16 Julai 1889. Turut hadir dalam mesyuarat pertama itu ialah Sir R. Alcock. Pengerusi Lembaga Kompeni British Borneo Utara dan Kapten Johnson bagi pihak British dan A.E. Elias dan Kapten Moreau bagi pihak Belanda. Suruhanjaya telah bersetuju untuk menimbang dan menyelesaikan pertikaian berhubung tuntutan bertindih ke atas wilayah di pantai timur Borneo Utara antara pihak Kompeni dengan Belanda. Suruhanjaya itu juga diminta menetapkan garis sempadan antara wilayah Belanda dengan Kompeni di kawasan yang dipertikaikan itu. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengkaji kedudukan wilayah yang dipertikaikan dengan berpandukan persoalan berikut:-

  1.  Adakah Sultan Bulongan mempunyai hak ke atas Negeri Tidong, tempat terletaknya Batu Tinagat dan Sungai Tawau, serta hanknya untuk meletakkan negeri itu di bawah perlindungan Belanda?.

  1. Adakah Sultan Sulu mempunyai hak untuk menuntut wilayah sehingga selatan Sungai Sibuko dan menyerahkannya kepada Dent dan Overbeck. Dan kemudian menyerahkannya pula kepada Kompeni British Borneo Utara?

  1. Apakah kedudukan sebenar Sungai Sibuko seperti yang disebut dalam Surat Pemberian Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada Overbeck dan Dent?

Persidangan itu bermula dengan pembentangan kertas kerja oleh Sir E. Hertslet, wakil British, tentang asas tuntutan Kompeni British ke atas wilayah yang sedang dipertikaikan. Dalam kertas kerja itu Sir E. Hertslet cuba menghuraikan hak pengaruh Sultan ke atas wilayah di pantai timur Borneo Utara, khususnya negeri Berou, Bulongan dan Tidong. Pada pandangan British, sebelum sebelum tahun 1800 wilayah di Timur pantai Borneo Utara sehingga darjah satu garisan lintang utara termasuk Berou, Bulongan dan Tidong, adalah kepunyaan Sultan Sulu. Sebahagian daripada wilayah itu pernah diberikan kepada Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 1764 dan 1769, tetapi pemberian itu telah tamat tempoh apabila Kompeni meninggalkan wilayah tersebut. Kerajaan Belanda juga pernah mengiktiraf kekuasaan Sultan Sulu keatas wilayah tersebut seperti yang disebut dalam dikrinya bertarikh 28 Februari 1846. Sultan Sulu tidak pernah menggugurkan haknya ke atas wilayah-wilayah tersebut.

Kerajaan Belanda juga mengiktiraf kemersekaan kerajaan Sulu seperti yang disiarkan dalam pengumumannya pada 17 Ogos dan 9 Oktober 1880. Ketika wilayah tersebut diserahkan kepada Overbeck dan Dent, wilayah itu berada di bawah pemerintahan para pembesar Sulu yang bertanggungjawab kepada Sultan Sulu. Dengan itu, Sultan Sulu mempunyai kuasa untuk menyerahkan mana-mana bahagian wilayahnya seperti Negeri Tidong sehingga ke Sungai Sibuko, kepada Overbeck dan Dent. Kerajaan British juga tidak pernah mengiktiraf mana-mana kuasa lain ke atas wilayah di pantai timur Borneo kecuali yang terletak di bawah Sultan Sulu dan Sultan Brunei. Dengan itu, kawasan yang diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Overbeck dan Dent pada 29 Disember 1877 dan 22 Januari 1878 merangkumi semua wilayah di pantai timur sehingga Sungai Sibuko, serta pulau-pulau dalam lingkungan tiga liga laut sekali.

Kerajaan British juga mendapati bahawa bendera Belanda belum pernah berkibar di mana-mana daerah dalam Negeri Tidong sehingga Belanda memeterai perjanjian dengan Sultan Bulongan pada 2 Jun 1878 iaitu selepas Sultan Brunei dan Sultan Sulu menyerahkan wilayah itu kepada Overbeck dan Dent 29 Disember 1877 dan 22 Januari 1878. Laporan Rasmi Pejabat Tanah Jajahan Belanda pada 1877 juga mengesahkan bahawa hanya Sessajah sahaja adalah wilayah Belanda di bahagian timur Borneo. Pihak Kompeni membantah tindakan pihak berkuasa Belanda mengibarkan bendera di Batu Tinagat pada 4 Julai 1878 kerana kawasan itu termasuk dalam kawasan yang diserahkan kepada Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada Overbeck dan Dent. Kerajaan British telah mengiktiraf Pemberian wilayah pada 1 November 1881 apabila Kompeni dianugerahkan Piagam Diraja. Sebagai membuktikan kedaulatan Kompeni ke atas wilayah itu. Pada 7 September 1883 Kompeni telah mengibarkan benderanya di tebing selatan Sungai Sibuko yang terletak atas garis lintang 4” 4’. Kompeni telah mengukir huruf “B.N.B. 83” pada pokok Mangrove sebagai tanda haknya. Kerajaan Belanda telah dimaklumkan tentang perkara itu secara rasmi oleh W.A. Treacher, Gabenor Kompeni British Utara. Pada 8 September 1883. Pada hari yang sama pihak Kompeni telah mengemukakan bantahan kepada Kontroler Belanda kerana mengibarkan bendera Belanda di tebing Sungai Tawau.

peta negeri Tidong



















        
               
Dalam perjanjian yang dimeterai antara kerajaan British dengan Kompeni pada 12 Mei 1888. Kerajaan British mengiktiraf wilayah Kompeni sebagai ‘Negeri Borneo Utara’ termasuk semua wilayah yang disebut dalam Piagam Diraja. Wakil British juga menunjukkan bahawa peta yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu di Belanda juga sependapat tentang persempadanan wilayah Belanda di pantai timur Borneo. Sebuah peta yang diterbitkan oleh Pejabat Tanah Jajahan Belanda atas arahan kerajaan menunjukkan wilayah Sulu  meliputi kawasan hingga lebih kurang 2”40’. Dalam sebuah peta lain yang diterbitkan oleh Lt. Melvill de Carnbee pada 1846. Sungai Apas ditanda sebagai sebagai wilayah utara jajahan Belanda. Keadaan yang sama juga telah ditanda dalam peta yang dikeluarkan oleh Baron de Carbee pada 1848. Peta itu menuinjukkan bahawa Sungai Apas adalah wilayah utara Belanda. Mana-mana wilayah yang terletak diatas sungai itu adalah kepunyaan Sulu.  Begitu juga keadaannya dalam peta yang dikeluarkan oleh Petermann pada 1851 dan Breda pada 1857. Manakala peta yang dikeluarkan oleh Kuijer pada 1866 menunjukkan Negeri Tidong sebuah negeri milik Sulu, di bawah kawasan naung Belanda. Wakil British juga menegaskan bahawa kerajaan Bulongan tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk meletakkan Negeri Tidong sebuah negeri milik Sulu, di bawah naungan Belanda.

Count de Byiandt dalam ulasannya menegaskan bahawa kerajaan Belanda tidak berhasrat untuk menjadikan peta sebelum 1842 sebagai rujukan bagi mempertahankan hak Belanda ke atas wilayah tersebut. Kerajaan Belanda sebaliknya berpegang kepada perjanjian 1850 antara kerajaan Belanda dengan Sultan Bulongan. Sir E. Hertslet mencelah bahawa tindakan kerajaan Belanda mengibarkan bendera di Batu Tinagat pada 31 Julai 1879, iaitu selepas pemberian wilayah oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada Overbeck dan Dent, tidak akan menjadikan wilayah itu sebagai wilayah Belanda. Sir P. Currie pula menekankan bahawa isu yang sebenarnya ialah untuk mengenal pasti had wilayah Sultan Sulu dan Sultan Bulongan. Menjawab persoalan itu. Count de Bylandt menegaskan bahawa bukti yang paling kuat bagi menyatakan yang Tidong bukan wilayah Sulu ialah penduduk dalam negeri itu membayar cukai kepada Sultan Bulongan dan bukan Sultan Sulu. Apabila berlaku kekacauan dalam Negeri Tidong, penduduk negeri itu biasanya akan minta perlindungan daripada pihak berkuasa Belanda.  Penduduk negeri itu juga menafikan bahawa mereka mempunyai hubungan dengan Sulu. Sehubungan dengan bendera, Gysbert menjelaskan bahawa bendera Belanda telah dikibar dalam jajahan Tidong sejak 1849 lagi dan bukan 1879 seperti didakwa oleh pihak British. Bagi membuktikan perkara tersebut, Gybert mengemukakan sepucuk surat daripada Residen Belanda di Borneo, Gallois kepada Gabenor-General Hindia Belanda pada 24 Ogos 1849 dan surat M. Don Dewall, Komander awam kepada Residen Belanda di selatan Borneo bertarikh 22 Mei 1849 tentang perkara tersebut.


No comments:

Post a Comment